Wednesday, June 24, 2009

lamanya tak jengok blog nih. sampai terlupa password. diam tak diam dah hampir 7 bulan
duduk di terengganu darul iman ni. kami berpindah ke sini dengan niat hijrah kebetulan pulak
perpindahan kami berlaku pada 1 muharram dan hari ini dah 1 rejab. cepatnya masa berlalu.
Alhamdulillah kerana banyak perkara positif yg terjadi sejak tinggal di sini. kehidupan lebih tenang.
suasana di sini yg nyaman berdekatan dgn pantai, walaupun kadangkala agak panas.
perkara pertama yg jelas dilihat sejak hari pertama perpindahan ke sini ialah semangat kejiranan.
ketika kami sampai kami telah diraikan oleh jiran di hadapan rumah kak shida dan suaminya abg yahya juga en. khairul jiran sebelah.
selama ni kalau berpindah tak pernah lagi jiran sebelah-menyebelah dtg bertanya khabar, biasanya tunggu lah dlm sebulan 2 baru berkenalan dgn jiran-jiran. its a total different story here.
rasa macam tinggal di kg sendiri.
banyak aktiviti yg dilakukan oleh kaum ibu di sini. usrah dan bacaan yasin, kelas menjahit manik, kelas buat tart telur ha ha sibukan......
sekarang ni pulak aktiviti mingguan aku ialah belajar mengaji selama 2kali seminggu. Alhamdulillah...setelah lama tinggalkan kelas di masjid negara akhirnya sambung semula.
ustazah pun baik dan friendly. kami mengaji di rumah kak yam di kelab golf kuala terengganu,
sebelah rumah aje ha ha. kak yam sekarang ni sedang mengerjakan umrah semoga kak yam
selamat kembali nanti.
jiran kat sini pelbagai ragam dan gaya tapi semuanya baik-baik belaka. seronok sungguh.
kak shida lembut sangat bicaranya kalau dengar dia bercakap terpegun. wajah pulak tenang dan bersih. kak mah ni kakak yg sorang ni very mischievous waaaaaaa kalau menyakat org dia jaguhnya ha ha. ada je idea mengenakan org. tapi aku sayang banget sama dia nih. kak zan (org kelantan) dia ni pembersih orgnya dan sangat rajin. peramah dan sangat suka menolong orang.
hana ibu muda yang cantik manis. comel je dan sentiasa vouge ha ha. kak nik pulak senyum je
rajin betul bertanam pokok bunga suasana ruamh dia sejuk jeeeee.....sorang lagi zan ha ha dia macam aku gak very loud. so kekdahnya sekepala.
so tu sebahagian jiran-jiran kat sini. ramai lagi nanti sambung lagi.
wasalam..............

1 comment:

MAK TEH said...

ssalamualaikum,salam kenal,entah mcm mana terstumble ke sini-kak nik tu nik hayati ke,mak teh ada kwn nama nik hayati,tinggal dikelab golf gak,mak teh dulu tinggal diT'ganu gak,sekarang berhijrah ke johor.