Wednesday, February 1, 2012

lamanya tak menjenguk ke sini. berhempas-pulas mengingati password. akhir berjaya juga kembali.

august 2010 back in BBB. ujian Allah swt datang tanpa di duga. alhamdulillah berkat keyakinan atas janji Allah swt yg dia tidak menguji umatnya dgn ujian yg tidak dapat di atasi segalanya
dpt di atasi.

Kami diuji lagi dgn pemergian cucu saudara yg sangat dekat di hati pada ogos 2011 sehari sebelum
menyambut aidil fitri, arwah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung dgn kanser
perut selama setahun. Bersemadilah di sana dgn tenang wahai Amirul Fiqri.
seminggu selepas pemergian arwah Amirul apak kena demam panas mungkin beliau terkejut dgn pemergian cicitnya. beliau di kejarkan ke Hospital Serdang selepas sehari berada di ward pemerhatian di A n E keadaannya bertambah pulih. Apak dan mak di hantar ke Melaka ke rumah k lang. Alhamdulillah apak makin sembuh cuma agak lemah maklumlah faktor usia juga memainkan peranan. apak berusia 90 tahun dan mak plak 81 tahun.
seminggu di rumah k lang apak dikejarkan lagi ke hospital beliau jatuh di kg ketika bersama k cik dan bang teh. Tulang femurnya patah, doktor mencadangkan supaya apak dibedah dan implan besi dibuat utk memulihkannya. Kerana tiada kata sepakat kami adik-beradik dan kerana hendak mengelakkan perbalahan, saya mengalah. Apak di keluarkan dari hospital dan dihantar ke rumah k cik di Wangsa Maju. Setiap kali menjenguk apak hati kecil ini akan terdetik kalaulah
saya berkeras utk melakukan pembedahan pada apak mungkin apak boleh bertongkat berjalan, setidak-tidaknya. Tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur...

Akibat dari kemalangan yg menimpa apak, mak dan apak ditempatkan di rumah k cik setelah berbincang (walaupun sebenarnya perbincangan yg dibuat berat sebelah). Masalah timbul bila mak pula mengalami kemurungan mungkin tak dpt menerima hakikat yg suaminya sudah tidak mungkin berjalan kembali. ada-ada sahaja masalah yg cuba mak timbulkan tambahan pula mak tak berupaya sangat mengurus diri kerana beliau menghidap parkinson. selama ini apak yg menjaga emak di kampung mereka bebas di rumah sendiri. tiba-tiba dgn keadaan apak terbaring begitu dan terkurung di rumah ank mak berubah laku. pernah mengugut utk membunuh diri bila kehendaknya tidak dipenuhi. kami sangat amrah dgn tindakannya itu. berdosanya saya ketika itu.

kemuncaknya semua org rasa tertekan dan pertama kalinya selepas hampir 4 bln emak di Wangsa maju kami berbincang bagaimana menangani masalah emak. cadangan saya utk membawa emak berjumpa pakar psikiatriks ditoalk mentah-mentah. adik-beradik yg lain tidak dpt menerima hakikat mak perlukan rawatan utk menangani kemurungannya dan merawat penyakit lupanya.
saya dihentam dari segenap penjuru dan pada allah swt saya mengadu. atas sokongan padu suami, ank-ank, abg dan kakak ipar saya kautkan semangat. dgn nasihat seorg doktor pakar yg saya kenali kami bawa emak ke hospital kajang. emak telah batuk agak lama tetapi tiada rwatan susulan yg dilakukan hanya pergi ke klinik swasta utk mendapakan ubat. di hospital kajang emak diarahkan buat xray dada rupanya mak mengalami pnumonia yg agak teruk kedua-dua paru-paru dijangkiti kuman. doktor meminta emak di tahan di ward tetapi memandangkan ketegangan antara kami adik-beradik jika mak ditahan diward saya mohon utk merawat amk di rumah. Satu lagi masalah terungkai ialah selama ini kami tidak pernah terfikir merawat penyakit Parkinson yg mak hidap. setelah emak diobserved doktor mengatakan mak mungkin menghidap parkinson dementia, atau kata lainnya nyanyuk akibat parkinson. doc merujukkan mak ke pakar psikiatris dan dirahkan utk membuat imbasan otak utk melihat seteruk mana parkinson telah merosakan otak mak.

semalam 1/2/2012 dgn hati yg berbelah bagi dan perasaan yg bercampur-baur kerana saya sendiri tidak memahami apa itu rawatan psikiatris. saya selalu kaitkan psikiatris dgn gila..
mak saya bawa berjumpa dgn doc chong di jab. psikiatris hospital kajang. maka berjlnlah sesi interview doc dgn mak disaksikan saya dan adik mak yg kami panggil m lang. hasil dari temuduga doc dgn mak dan jua ujian-ujian yg di buat dan symtomp-symtomp yg dialami oleh mak mmg jelas mak mengalami short term memory lost dan nyanyuk akibat parkinson.

sehingga hari ini dan saat ini hanya abg dan sepupu-sepupu sahaja yg menanyakan keadaan mak dan rawatan yg mak bakal mak lalui. adik-beradik yg lain membisu seribu bahasa dan tiada seorg pun yg bertanya ttg keadaan mak. mak puala asyik bertanya ttg ank-ankny dan sgt merindui apak di Wangsa Maju. kalau saya boleh memandu saya akan bawa mak ke sana..
tetapi apakan daya.. encik suami pula sudah mengambil cuti beberapa hari utk menguruskan rwtan emak tak patut saya meminta lebih lagi...

pada allah swt saya panjatkan doa agar mak tenang dan lapang dada dlm tempoh rawatan ini. mak dah mula ambil ubat utk kemurungannya. nampaknya ada kesan positif dia tidak sentiasa menangis , berckp pun lebih baik kata doc jika parkinson mak dpt dikawal mak boleh sembuh walaupun tidak seratus-peratus.

pada allah swt jua saya pohon agar saya sentiasa berlapang dada dan redho dgn ujian ini. selagi saya mampu saya akan tlg emak...

Tuesday, August 4, 2009

fairut dan zira dah pun kembali ke KL. terbayang-bayang wajah sicomel amer hazwan. 2 hari mengulit dia aje. comel sangat. keletah pulak tu. mlm pertama tido nyenyak sampai pagi. mlm kedua meragam dan akhirnya tido dgn kitorang. dah lebih 10 tahun tak tido dgn baby. aku yg tak lena sudahnya. si amer nyenyak tido di peluk cik abg. aku sudahnya terkebil tengok diorang.hu hu...bestnya kalau ada baby....

petang fairut dan zira sampai hujan lebat dan petir kuat. sudahnya modem kena sambar kilat.
nasib baik masih dlm tempoh jaminan. so tuka je modem baru. seksa rasanya 2 hari tak de
tenet. mula-mula tu pegi TM point di tengah bandar KT, rupanya kena tuka dkt jln air jernih
atas bukit tu. pekerja TM tu baik sangat siap buatkan peta lagi tuk aku gi ke sana. yelah masih
tak familiar lagi dgn KT walaupun dah tinggal di sini 7 bln.

haziq pulak ke kemaman utk pertandingan public speaking peringkat negeri. dia mewakili daerah kuala terengganu utara(KTU). alhamdulillah...walaupun hanya sebagai naib johan rasanya berbaloi. dia sekarang ke sekolah pakai mask. saja precaution. sebabnya buah hati aku tu ada asma. tadi duk membebel ingatkan iqbal dan ct supaya perihatin sikit ttg kesihatan.
malas rasanya nak keluar ke tempat awam dlm keadaan mcm ni.

siang tadi pulak lepas mengaji aku menyertai rombongan cik kiah ke kedai adam di gong badak membeli manik. akhirnya baju alya yg tertangguh selama hampir 7 bln kerana kehabisan manik
dapat disudahkan hari ini. alhamdulillah....

kek sarawak yg aku order pun dah dpt tengahari tadi. dah pun dapat order pertama dari cikgu ila. first time aku nak berniaga di sini. mudah-mudahan dapat sambutan...amin...
aku nak sambung jahit manik kat baju lama tu. so stop merapu...

Saturday, August 1, 2009

















tengahhari tadi ajak cik abg gi ke pantai tunggu nelayan balik. tu hasil rebutan tengahari tadi..
ha ha.. sebabnya org berkerumun merebut ikan segar. selepas berhempas-pulas merebut ikan dptlah ikan kembung dan kerisi. disebabkan tergoda dgn ikan kembung yg segar tu so terus decided nak buat ikan percik.

so mlm ni menu utk menyambut kedatangan fairut dan zira ialah sup tulang/gear box, ikan percik dan sotong percik. masa tulis ni fairut dan zira dah ada di bandar KT. cik abg tengah guide diorang over the phone.
so kena stop merapu sebbnya nak prepare apa yg patut tuk diorang....

Wednesday, July 29, 2009



kek coklat k shida
bahan kek:
2 biji telur
1 cwn gula
3/4 cwn minyak masak
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat manis
2 cwn tepung gandum
1 sk bikarbonat
1 sk baking powder
1sk vanila

cara;

pukul telur, guka dan susu pekat manis hingga sebati masukkan esen vanila.
masukkan tepung gaul sebati masukkan minyak. kacau lagi dan akhirnya masukkan air panas
dan gaul rata. masukkan ke dlm loyang dan kukus selama 45 min.

toping;

cooking chocolate
butter
susu pekat manis
dua sudu serbuk koko

cara:
cairkan coklat dgn teknik double boiler. bancuh semua bahan dan sapukan ke atas
kek. hias dgn chocolate rice.

inilah kek besday haziq ari tu kek ni dihias secara bergotong-royong oleh fatin dan k mah.
tu gamba k fatin tengah gigih menghias kek.

Thursday, July 23, 2009

hari ni birthday haziq yg ke 12. sedih sikit sebab tak sempat nak celebrate, sebabnya dia ada kem di air terjun sekayu. kem rehat minda. insyaAllah esok nak ke sana nak jenguk dia dan terus sambut birthday dia dgn kwn-kwn sekelasnya.

pagi tadi sampai pukul 8.30 ada kat sekolah. anak gua tu manja sikit. so berat sikit mamanya ni
nak lepaskan. macam-macam pesananlah yg diberi. dia bawa bekal nugget, sosej, dan scramble eggs. pas tu belikan juga nasi lemak dan 2 keping roti canai. after pelbagai pesannan wa dan cik abg pun beredar. cik abg ada kelas pagi ni so tak leh nak delay.

wa terus ke umah k mah dan sarapan pagi di sana. minah tu pose wa pulak leh terlupa ari 1 syaban
ruginyalah....then after some discussing with her we decided to go to hock kee seng. wa nak beli
bahan nak buat kek tuk haziq. plan awalnya nak beli je atas galakan k mah wa pun bersetuju tuk buat. dlm perjalanan kita singgah dulu rumah zan, nak beritau dia yg k shida sanggup mengepalai bacaan yasin dan tazkirah kat rumah dia hari sabtu ni, lusalah tu.

than kitorang terus ke hock kee seng di gong badak. sedang syok pilih barang terjonggol si zan.
minah tu kalau gi sama je kan tadi kan lagi baik. hadoilah...zan. so sudahnya macam rombongan cik kiah pulak. hu hu...zan beli a few thing tuk dikirim kat gua esok tuk anak dia( anak dia abg cik
aka idham ) sama kelas dgn haziq.

time balik zan ajak gua gi minum dulu sebab k mah pose dia terus je balik rumah. so kitorang
singgah di restoren harmoni 3 minum sirap limau dan laici. zan tapau nasi ayam tuk anak-anak dia dan wa pulak tapau rojak ayam. zan belanja....minah tu kaya wakkkaaka...after minum dia
anta wa balik.

sampai rumah kemas sikit sebab nak start with the cake. mulanya nak mintak tolong k fatin anak k shida, dia pandai lohh buat kek...tapi dia ada kelas memandulah pulak. so tak pelah
gua bikin sendiri tambahan pulak tuk anak kesayangan kan.
so wa decided tuk buat 2 biji so boleh agih-agih kat k mah dan k shida sikit. alhamdulillah kek wa dah siap. nanti wa ambik gamba letak kat sini.

so esok buat topping je lagi. then buat puding buah tuk dibawa ke sekayu.
20/7/09 = 27 rejab 1430.
alhamdulillah...majlis bacaan yasin dan tazkirah isra' mekraj berjalan lancar.
walaupun tak ramai hadir kerana hari cuti, namun majlis dapat dpt diteruskan.
ustazah rusni atau lebih dikenali dgn k ani, k shida dan k yam bekerjasama memberikan
panduan dlm menjalani hidup sebagai muslimat.

selesai bacaan yasin dan tazkirah tetamu dijemput utk menjamu selera. seperti yg diwar-warkan
ada roti jala + kari ayam dan kari daging, kek gula hangus dan bingka ubi. k shida menyumbangkankuih abuk-abuk, k zan bawa rambutan, zan bawa bihun goreng dan k mah bawa pengat durian. meriah atas meja dgn makanan.

seronok sebab dapat jamu para tetamu. terima kasih diucapkan pada yg hadir, k maryam bawa anak dara dia, aina bakal doktor tu dan mak teh pembantu k maryam. k shida dgn 2 anak dara dia fatin (cuti matrikulasi) dan jah, k mah dgn anak-anak dara dia yg comel lote ain dan aisyah, tok jah mak k mah,tok nah mak mertua k shida, zan, k zan, mala, ita, cikgu nor, nor khairul, ida dan na kahar.

Sunday, July 19, 2009

sabtu 18/7/08 lepas solat subuh bersilat kat dapur buat roti jala tuk sarapan pagi sebabnya ada kari daging semlm. cik abg merengek tak sarapan di luar. so ikut jelah...then rezeki pagi-pagi dah dtg. k shida bagi mi goreng tambah menu breakfast. then hulur sikit roti jala kat dia. biasalah hidup berjiran kan.

After breakfast, hantar haziq ke kelas tutorial di sekolah tj gelam, mengabang telipot. then bertolak ke pasar nak cari ubi. mula-mula singgah di pasar batu 6 tak delah pulak
ubi kayu. ubi steller banyaklah. so perjlnan pun diteruskan ke pasar minggu di manir. pasar minggu manir ni memang meriah apa aja yg tak de. kalau sampai kat sini bukan setakat ubi je. he he fahamjelah...nampak tikar mengkuang harga rm10 sahaja rembat satu. than nampak buah salak sekilorm3.50 beli lagi. beli pulak buah dokong rm4.00 sekilo. penuh dah tgn. nampak cara berlauk beli lagi. 6 keping atau 3 pasang hanya rm1.00. murahhhhhhhhhhh......dan yg penting sedapppppppp...

last-last jumpa jugak dgn ubi kayu yg diimpikan utk buat bingka ubi tu. alhamdulillah...tak sesia pencarian joe jambul. yg bestnya dlm perjlnan ke kereta mak cik/pak cik ramai yg bertanay berapa harga tikar mengkuang yg gua beli. he he cam popular gua pagi tu.

perjlnan di teruskan lagi menuju ke maidin KT. nak cari a few things tuk majlis baca yasin isnin nanti. nasib baik pagi lagi dan pulak pertengahan bulan so tak delah ramai sgt umat kat sana.
cik abg pegi auto teller dan gua pulak terus je ke atas nak tengok meja sebab dapur wa tak de meja. alhamdulillah misi berjaya. meja plastik yg agak murah harganya dikesan berada di bah
perabut rumah. so apa tunggu lagi angkat jelah masuk troli.

turun bawah cari barang dapur. biasalah bawang, cili, susu, tepung. so after that terus gerak keluar meninggalkan maidin. balik rumah sampai rumah dah pukul 11 pagi. cik abg pulak nak bergegas ke permint. so tinggallah sorang kat rumah. after kemas sikit lebih kurang apa lagi cari bantal. wakakka...pukul 4 bangun mandi, nak gi jemput haziq balik dari kelas. b4 balik singgah diner dulu. org malas cam ni lah. makan di restoran zalina. wa mkn nasi daging merah, haziq ambil mi hongkong dan cik abg mkn kerang rebus. dinner settled.

balik rumah tengok ada mcm keramaian kat rumah sebelah tmn perumahan wa duduk ni. terdetik hati ada kematian ke? pas tu nampak zan dan ita duduk kat wakaf tepi rumah zan,
so suh cik abg berhenti wa turun situ sebab nak menjemput. then baru dpt berita yg tok aki
dah meninggal dunia. qoluinnalillah....

pas tu ajak si zan teman tuk menjemput jiran-jiran setaman supaya dpt menghadirkan diri tuk majlis esok. hari ni pulak start my day at 6 o'clock am. after subuh terus buat sarapan haziq. roti telur,susu segelas cukuplah. pas tu bersiap sebab terus nak gi hantar haziq ke sekolah than nak ke batu 6 pulak nak cari pinggan polisterina tuk majlis esok. nak beli santan dan jugak daun pandan tah kenapa tanam daun pandan tak pernah hidup. so give up sudahnya. b4 that singgah sarapan.
memula singgah diwarung aina ingatkan ada nasi kerabu sebab cik abg mengidam. he he...
rupanya tak de, jadi beli je nasi dagang tuk gua. kemudian kitorang pun melintas pula ke seberang jln ada warung lain, selalunya ada nasi kerabu namun hampa jua.
sudahnya minum di batu 6 jugak dapat gaklah cik abg tu mkn nasi kerabu dan ayam bakar.
lepas beli barang terus balik sebab dah janji dgn k mah nak gi menziarah arwah tok aki. so
sudahnya rombongan cik kiahyg disertai oleh k mah, wa, zan, k nik, mala dan ita pun pergilah.
setengah jam berada di rumah arwah kitorang pun beredar.

dlm perjlnan balik singgah pulak di rumah ida dan nora menjemput ke majlis esok. hadoilah...
ingatkan boleh terus balik rupanya cik-cik kiah tu nak pegi pulak ke rumah na/halina yg baru pindah ke sebelah pdg golf KT. so ikut jelah. memang besar gedabak rumah dia. nice modern look. seronok tengok rumah org....

kul 11 baru keluar dari rumah na. terus balik rumah sebab banyak keje menanti wa. then the
spring cleaning event started. banyaklah yg dilupuskan. biasalah..he he. lunch? sib baik k mah bagi kari ikan dan nasi tuk haziq so tak payah masak lega wa... called ustazah dan confirmkan tuk esok. gi umah k yam pinjam kuali. aktifnya wa hari ni.....lepas solat zohor terus started with thegula hangus cake. masa posting ni kek wa dh dlm oven dah. mlm nanti nak start pulak dgn
bingka ubi. phewwww...hopefully semuanya berjln lancar esok amin.....