Thursday, July 23, 2009

20/7/09 = 27 rejab 1430.
alhamdulillah...majlis bacaan yasin dan tazkirah isra' mekraj berjalan lancar.
walaupun tak ramai hadir kerana hari cuti, namun majlis dapat dpt diteruskan.
ustazah rusni atau lebih dikenali dgn k ani, k shida dan k yam bekerjasama memberikan
panduan dlm menjalani hidup sebagai muslimat.

selesai bacaan yasin dan tazkirah tetamu dijemput utk menjamu selera. seperti yg diwar-warkan
ada roti jala + kari ayam dan kari daging, kek gula hangus dan bingka ubi. k shida menyumbangkankuih abuk-abuk, k zan bawa rambutan, zan bawa bihun goreng dan k mah bawa pengat durian. meriah atas meja dgn makanan.

seronok sebab dapat jamu para tetamu. terima kasih diucapkan pada yg hadir, k maryam bawa anak dara dia, aina bakal doktor tu dan mak teh pembantu k maryam. k shida dgn 2 anak dara dia fatin (cuti matrikulasi) dan jah, k mah dgn anak-anak dara dia yg comel lote ain dan aisyah, tok jah mak k mah,tok nah mak mertua k shida, zan, k zan, mala, ita, cikgu nor, nor khairul, ida dan na kahar.

No comments: