Sunday, July 19, 2009

sabtu 18/7/08 lepas solat subuh bersilat kat dapur buat roti jala tuk sarapan pagi sebabnya ada kari daging semlm. cik abg merengek tak sarapan di luar. so ikut jelah...then rezeki pagi-pagi dah dtg. k shida bagi mi goreng tambah menu breakfast. then hulur sikit roti jala kat dia. biasalah hidup berjiran kan.

After breakfast, hantar haziq ke kelas tutorial di sekolah tj gelam, mengabang telipot. then bertolak ke pasar nak cari ubi. mula-mula singgah di pasar batu 6 tak delah pulak
ubi kayu. ubi steller banyaklah. so perjlnan pun diteruskan ke pasar minggu di manir. pasar minggu manir ni memang meriah apa aja yg tak de. kalau sampai kat sini bukan setakat ubi je. he he fahamjelah...nampak tikar mengkuang harga rm10 sahaja rembat satu. than nampak buah salak sekilorm3.50 beli lagi. beli pulak buah dokong rm4.00 sekilo. penuh dah tgn. nampak cara berlauk beli lagi. 6 keping atau 3 pasang hanya rm1.00. murahhhhhhhhhhh......dan yg penting sedapppppppp...

last-last jumpa jugak dgn ubi kayu yg diimpikan utk buat bingka ubi tu. alhamdulillah...tak sesia pencarian joe jambul. yg bestnya dlm perjlnan ke kereta mak cik/pak cik ramai yg bertanay berapa harga tikar mengkuang yg gua beli. he he cam popular gua pagi tu.

perjlnan di teruskan lagi menuju ke maidin KT. nak cari a few things tuk majlis baca yasin isnin nanti. nasib baik pagi lagi dan pulak pertengahan bulan so tak delah ramai sgt umat kat sana.
cik abg pegi auto teller dan gua pulak terus je ke atas nak tengok meja sebab dapur wa tak de meja. alhamdulillah misi berjaya. meja plastik yg agak murah harganya dikesan berada di bah
perabut rumah. so apa tunggu lagi angkat jelah masuk troli.

turun bawah cari barang dapur. biasalah bawang, cili, susu, tepung. so after that terus gerak keluar meninggalkan maidin. balik rumah sampai rumah dah pukul 11 pagi. cik abg pulak nak bergegas ke permint. so tinggallah sorang kat rumah. after kemas sikit lebih kurang apa lagi cari bantal. wakakka...pukul 4 bangun mandi, nak gi jemput haziq balik dari kelas. b4 balik singgah diner dulu. org malas cam ni lah. makan di restoran zalina. wa mkn nasi daging merah, haziq ambil mi hongkong dan cik abg mkn kerang rebus. dinner settled.

balik rumah tengok ada mcm keramaian kat rumah sebelah tmn perumahan wa duduk ni. terdetik hati ada kematian ke? pas tu nampak zan dan ita duduk kat wakaf tepi rumah zan,
so suh cik abg berhenti wa turun situ sebab nak menjemput. then baru dpt berita yg tok aki
dah meninggal dunia. qoluinnalillah....

pas tu ajak si zan teman tuk menjemput jiran-jiran setaman supaya dpt menghadirkan diri tuk majlis esok. hari ni pulak start my day at 6 o'clock am. after subuh terus buat sarapan haziq. roti telur,susu segelas cukuplah. pas tu bersiap sebab terus nak gi hantar haziq ke sekolah than nak ke batu 6 pulak nak cari pinggan polisterina tuk majlis esok. nak beli santan dan jugak daun pandan tah kenapa tanam daun pandan tak pernah hidup. so give up sudahnya. b4 that singgah sarapan.
memula singgah diwarung aina ingatkan ada nasi kerabu sebab cik abg mengidam. he he...
rupanya tak de, jadi beli je nasi dagang tuk gua. kemudian kitorang pun melintas pula ke seberang jln ada warung lain, selalunya ada nasi kerabu namun hampa jua.
sudahnya minum di batu 6 jugak dapat gaklah cik abg tu mkn nasi kerabu dan ayam bakar.
lepas beli barang terus balik sebab dah janji dgn k mah nak gi menziarah arwah tok aki. so
sudahnya rombongan cik kiahyg disertai oleh k mah, wa, zan, k nik, mala dan ita pun pergilah.
setengah jam berada di rumah arwah kitorang pun beredar.

dlm perjlnan balik singgah pulak di rumah ida dan nora menjemput ke majlis esok. hadoilah...
ingatkan boleh terus balik rupanya cik-cik kiah tu nak pegi pulak ke rumah na/halina yg baru pindah ke sebelah pdg golf KT. so ikut jelah. memang besar gedabak rumah dia. nice modern look. seronok tengok rumah org....

kul 11 baru keluar dari rumah na. terus balik rumah sebab banyak keje menanti wa. then the
spring cleaning event started. banyaklah yg dilupuskan. biasalah..he he. lunch? sib baik k mah bagi kari ikan dan nasi tuk haziq so tak payah masak lega wa... called ustazah dan confirmkan tuk esok. gi umah k yam pinjam kuali. aktifnya wa hari ni.....lepas solat zohor terus started with thegula hangus cake. masa posting ni kek wa dh dlm oven dah. mlm nanti nak start pulak dgn
bingka ubi. phewwww...hopefully semuanya berjln lancar esok amin.....

No comments: