Monday, July 13, 2009

aku sedih banget pagi ni. nak masuk forum tengok IP kena banned. pehallah poyonya forum cari nih. hari as usual gi mengaji. hari ni ustazah beri tazkirah ttg isra' me'raj. menurut ustazah
ketika nabi muhammad saw hendak naik ke sidratul muntaha bertemu allah swt, baginda telah disucikan dahulu hatinya seperti yg terjadi pada baginda ketika berumur 7 tahun kalau tak silap.
ketika bertemu dgn Allah swt perkataan pertama baginda adalah attahiyatul mubaroqatussolatuttoyiba tulillah... dan di jawab oleh allah swt assalamualaika ayuhannabiyuwarrohmahtullah hiwahbarokattuh...dan dijawab semula oleh nabi saw
assalamualaina wa'alaibadilllah hissolihinnnn dan disambung oleh para malaikat dgn syahadah sehingga selawat ke atas nabi saw...
jadi pesanan ustazah agar bacalah tahiyat akhir itu dgn tartilnya ketika solat...wallahualam........
memang sudah menjadi kebiasaan kami setiap kali selesai mengaji al quran, akan ada sedikit tazkirah pendek disampaikan oleh ustazah. sebelum ini ustazah mengingatkan kami tentang mati.
sesungguhnya mengingati mati itu sunat. dan sesungguhnya kita digalakkan membuat persediaan utk mati. persediaan amal ibadah sebagai bekal mmg wajib tetapi persediaan utk
hari kematian kita iaitu barang-barang yg digunakan. contohnya tilam/bantal yg diperbuat
dari kekabu. kain penutup jenazah, dan sebaik-baiknya jenazah hendaklah diletakkan jauh
dari lantai/bumi. contoh seandainya seorg sedang sakit menghadapi maut sebaik-baiknya hendaklah diletakkan di atas katil dan bertilamkan kekabu kerana bahan itu sejuk baginya
wallahualam...dan lagi ustazah mengingatkan kami bahawa kehidupan dan kematian ibaratnya
dipisahkan oleh sehelai tabir bila-bila saja kita boleh di jemputmengadap ilahi...

No comments: