Wednesday, February 1, 2012

lamanya tak menjenguk ke sini. berhempas-pulas mengingati password. akhir berjaya juga kembali.

august 2010 back in BBB. ujian Allah swt datang tanpa di duga. alhamdulillah berkat keyakinan atas janji Allah swt yg dia tidak menguji umatnya dgn ujian yg tidak dapat di atasi segalanya
dpt di atasi.

Kami diuji lagi dgn pemergian cucu saudara yg sangat dekat di hati pada ogos 2011 sehari sebelum
menyambut aidil fitri, arwah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung dgn kanser
perut selama setahun. Bersemadilah di sana dgn tenang wahai Amirul Fiqri.
seminggu selepas pemergian arwah Amirul apak kena demam panas mungkin beliau terkejut dgn pemergian cicitnya. beliau di kejarkan ke Hospital Serdang selepas sehari berada di ward pemerhatian di A n E keadaannya bertambah pulih. Apak dan mak di hantar ke Melaka ke rumah k lang. Alhamdulillah apak makin sembuh cuma agak lemah maklumlah faktor usia juga memainkan peranan. apak berusia 90 tahun dan mak plak 81 tahun.
seminggu di rumah k lang apak dikejarkan lagi ke hospital beliau jatuh di kg ketika bersama k cik dan bang teh. Tulang femurnya patah, doktor mencadangkan supaya apak dibedah dan implan besi dibuat utk memulihkannya. Kerana tiada kata sepakat kami adik-beradik dan kerana hendak mengelakkan perbalahan, saya mengalah. Apak di keluarkan dari hospital dan dihantar ke rumah k cik di Wangsa Maju. Setiap kali menjenguk apak hati kecil ini akan terdetik kalaulah
saya berkeras utk melakukan pembedahan pada apak mungkin apak boleh bertongkat berjalan, setidak-tidaknya. Tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur...

Akibat dari kemalangan yg menimpa apak, mak dan apak ditempatkan di rumah k cik setelah berbincang (walaupun sebenarnya perbincangan yg dibuat berat sebelah). Masalah timbul bila mak pula mengalami kemurungan mungkin tak dpt menerima hakikat yg suaminya sudah tidak mungkin berjalan kembali. ada-ada sahaja masalah yg cuba mak timbulkan tambahan pula mak tak berupaya sangat mengurus diri kerana beliau menghidap parkinson. selama ini apak yg menjaga emak di kampung mereka bebas di rumah sendiri. tiba-tiba dgn keadaan apak terbaring begitu dan terkurung di rumah ank mak berubah laku. pernah mengugut utk membunuh diri bila kehendaknya tidak dipenuhi. kami sangat amrah dgn tindakannya itu. berdosanya saya ketika itu.

kemuncaknya semua org rasa tertekan dan pertama kalinya selepas hampir 4 bln emak di Wangsa maju kami berbincang bagaimana menangani masalah emak. cadangan saya utk membawa emak berjumpa pakar psikiatriks ditoalk mentah-mentah. adik-beradik yg lain tidak dpt menerima hakikat mak perlukan rawatan utk menangani kemurungannya dan merawat penyakit lupanya.
saya dihentam dari segenap penjuru dan pada allah swt saya mengadu. atas sokongan padu suami, ank-ank, abg dan kakak ipar saya kautkan semangat. dgn nasihat seorg doktor pakar yg saya kenali kami bawa emak ke hospital kajang. emak telah batuk agak lama tetapi tiada rwatan susulan yg dilakukan hanya pergi ke klinik swasta utk mendapakan ubat. di hospital kajang emak diarahkan buat xray dada rupanya mak mengalami pnumonia yg agak teruk kedua-dua paru-paru dijangkiti kuman. doktor meminta emak di tahan di ward tetapi memandangkan ketegangan antara kami adik-beradik jika mak ditahan diward saya mohon utk merawat amk di rumah. Satu lagi masalah terungkai ialah selama ini kami tidak pernah terfikir merawat penyakit Parkinson yg mak hidap. setelah emak diobserved doktor mengatakan mak mungkin menghidap parkinson dementia, atau kata lainnya nyanyuk akibat parkinson. doc merujukkan mak ke pakar psikiatris dan dirahkan utk membuat imbasan otak utk melihat seteruk mana parkinson telah merosakan otak mak.

semalam 1/2/2012 dgn hati yg berbelah bagi dan perasaan yg bercampur-baur kerana saya sendiri tidak memahami apa itu rawatan psikiatris. saya selalu kaitkan psikiatris dgn gila..
mak saya bawa berjumpa dgn doc chong di jab. psikiatris hospital kajang. maka berjlnlah sesi interview doc dgn mak disaksikan saya dan adik mak yg kami panggil m lang. hasil dari temuduga doc dgn mak dan jua ujian-ujian yg di buat dan symtomp-symtomp yg dialami oleh mak mmg jelas mak mengalami short term memory lost dan nyanyuk akibat parkinson.

sehingga hari ini dan saat ini hanya abg dan sepupu-sepupu sahaja yg menanyakan keadaan mak dan rawatan yg mak bakal mak lalui. adik-beradik yg lain membisu seribu bahasa dan tiada seorg pun yg bertanya ttg keadaan mak. mak puala asyik bertanya ttg ank-ankny dan sgt merindui apak di Wangsa Maju. kalau saya boleh memandu saya akan bawa mak ke sana..
tetapi apakan daya.. encik suami pula sudah mengambil cuti beberapa hari utk menguruskan rwtan emak tak patut saya meminta lebih lagi...

pada allah swt saya panjatkan doa agar mak tenang dan lapang dada dlm tempoh rawatan ini. mak dah mula ambil ubat utk kemurungannya. nampaknya ada kesan positif dia tidak sentiasa menangis , berckp pun lebih baik kata doc jika parkinson mak dpt dikawal mak boleh sembuh walaupun tidak seratus-peratus.

pada allah swt jua saya pohon agar saya sentiasa berlapang dada dan redho dgn ujian ini. selagi saya mampu saya akan tlg emak...

1 comment:

Anonymous said...

salam, doc di hosp ajang tu beri mak ubat utk parkinson x? mak Sy pon baru2 ni menunjukkan simptom parkinson.