Thursday, July 23, 2009

hari ni birthday haziq yg ke 12. sedih sikit sebab tak sempat nak celebrate, sebabnya dia ada kem di air terjun sekayu. kem rehat minda. insyaAllah esok nak ke sana nak jenguk dia dan terus sambut birthday dia dgn kwn-kwn sekelasnya.

pagi tadi sampai pukul 8.30 ada kat sekolah. anak gua tu manja sikit. so berat sikit mamanya ni
nak lepaskan. macam-macam pesananlah yg diberi. dia bawa bekal nugget, sosej, dan scramble eggs. pas tu belikan juga nasi lemak dan 2 keping roti canai. after pelbagai pesannan wa dan cik abg pun beredar. cik abg ada kelas pagi ni so tak leh nak delay.

wa terus ke umah k mah dan sarapan pagi di sana. minah tu pose wa pulak leh terlupa ari 1 syaban
ruginyalah....then after some discussing with her we decided to go to hock kee seng. wa nak beli
bahan nak buat kek tuk haziq. plan awalnya nak beli je atas galakan k mah wa pun bersetuju tuk buat. dlm perjalanan kita singgah dulu rumah zan, nak beritau dia yg k shida sanggup mengepalai bacaan yasin dan tazkirah kat rumah dia hari sabtu ni, lusalah tu.

than kitorang terus ke hock kee seng di gong badak. sedang syok pilih barang terjonggol si zan.
minah tu kalau gi sama je kan tadi kan lagi baik. hadoilah...zan. so sudahnya macam rombongan cik kiah pulak. hu hu...zan beli a few thing tuk dikirim kat gua esok tuk anak dia( anak dia abg cik
aka idham ) sama kelas dgn haziq.

time balik zan ajak gua gi minum dulu sebab k mah pose dia terus je balik rumah. so kitorang
singgah di restoren harmoni 3 minum sirap limau dan laici. zan tapau nasi ayam tuk anak-anak dia dan wa pulak tapau rojak ayam. zan belanja....minah tu kaya wakkkaaka...after minum dia
anta wa balik.

sampai rumah kemas sikit sebab nak start with the cake. mulanya nak mintak tolong k fatin anak k shida, dia pandai lohh buat kek...tapi dia ada kelas memandulah pulak. so tak pelah
gua bikin sendiri tambahan pulak tuk anak kesayangan kan.
so wa decided tuk buat 2 biji so boleh agih-agih kat k mah dan k shida sikit. alhamdulillah kek wa dah siap. nanti wa ambik gamba letak kat sini.

so esok buat topping je lagi. then buat puding buah tuk dibawa ke sekayu.

1 comment:

Aurora said...

salam kak nita,

apa ni x update lagi rupa blog.. hehe ni yg org buatkan hari tu.. hehe sah bz lagi ni... or xde masa nak ngadap dpn pc dia.. take care n thanks belikan kepok.. sedapppp